Thursday, November 27, 2008

Selamat bercuti

selamat bercuti semua..bosan gak duk umah...ptg kuar, mlm kuar..pg tido..ape punye jadual idup la..hahaha..balik kg lg bagus..

selamat hari raya aji gak... mintak maap eh salah silap... next sem insyaAllah jumpe lg...
wat la ape yang patut time cuti ni..

sem depan enjoy puas2 sebagai student..ekonomi tgh teruk..doa2 la murah rezeki kite nanti...
idup ni ade step2 die.. tak yah la nak terburu2 ngat.. kadang2 kite leh skip the steps... tp kadang2 kite kene folo the steps... choose the better.. tp bese la.. kalo skip some steps..tolak markah.. hasilnye mungkin tepat..tp nilainye mungkin kurang..

jangan terburu2 nk wat sesuatu..piki' abis-abisan..semoga tak menyesal..ade perkara kite leh ulang..ade perkare kite xleh nk ulang..nyesal je la kit2..n percaye lah pada Qada' & Qadar...n kalo dah silap..jangan malu tuk mengakui kesilapan tersebut..ketepikan ego..untuk kepentingan yg akan datang..mungkin kite leh ubah semula..

cukup disitu renungan tuk kali ini..

renung2kan dan selamat beramal..huhu..

Thursday, November 6, 2008

Gadis Melayu....

mmm.. pencarian gadis melayu sudah bermula..haha.. pelik2 realiti tv skang ni.. ni pn nk jadikan realiti tv gak..huhu.. same2 la kita nantikan sape yang menang.. bunyi memang pelik kit program ni.. tp bagus gak..

zaman sekarang ni payah la nk dapat pempuan yang jenis2 pure melayu ni..ramai yang rosak akhlak..oops..sowi..tak semua..tp almost camtu..payah tul nak cari yang elok semuanye..perangai penting skali..yang xkan wat kite.........hmm..ntah la..

ape pn jua..program ni leh diteruskan.. bukan sebab utama nk cari gadis2 melayu yg comel2.. tp.. yang paling penting.. dia leh tunjuk kat pempuan2 zaman sekarang ni camane perangai yang perlu ade pada seorang gadis melayu..tuturkatanya..perwatakannya..n adat2 melayu yang ramai tak tau.. so.. came on gurls.. jadikan ni sebagai contoh tuk korang semua..belajar2lah untuk menjadi perempuan melayu yang sejati..

Tgk gambar..semuanye cantik2..tp cantik dari mata aku..ade la sorang dua..dengo cite ade gak ex smka eh..mana satu xtau la..

Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri


Alhamdulillah.. setelah sebulan berpuasa.. akhirnye kita bertemu jua Syawal mulia..puasa sekarang ni rase je kejap je.. dengan aktiviti harian yang sama.. mmg xterasa pn dah nkbalik kg..huhu..

Dikesempatan ini.. Sepuluh jari dihulur, ampun maaf dipohon buat sesiapa jua yang mengenali diri ini..semoga berbahagia di dihari lebaran.. InsyaAllah Raye tahun ni lebih baik dari yg lepas2..dah lame dah.. InsyaAllah semuanya akan jadi lebih baik..

Salam Aidilfitri..Maaf Zahir Batin..

Hafiz Halim

Lagu raya feveretku..Anuar & Elina - Suasana Hari Raya




Iftar Auto 043

Sekitar Majlis berbuka puasa Auto 043****
1/3 yang datang..ok la tu..



Thanks For Coming!!!

Aurat (Best2!)

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.


Sunday, September 21, 2008

Selamat Hari Malaysia

Tanah PusakaMusic by Ahmad Merican, Lyrics by Wan Ahamd Kamal/Dol Ramli, 1963

Sungguh gemilang negeri ku

yang ku puja oh tanah Malaysia

Di merata dunia

Harum semerbak nama mu oh Malaysia

Aman makmur kaya raya

Selama-lama hidup maju jaya

Oh tanah pusaka

Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah

Berbagai bangsa di dalam nya

Hidup aman dan bersama

Bersatu kerja untuk Malaysia

Musoh melanggar ku gempor

Sungguh rela ku gugur kerana

Kau Tanah Pusaka

Biar putih tulang jangan putih mata

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, September 20, 2008

Iftar

Alhamdulillah.. Walaupn masing2 tgh bz skrg ni..aku pn baru abis midsem.. thanks coz leh luangkan sikit masa tuk kite berkumpul..berkat bulan yang mulia ni..semoga ini adalah permulaan baru tuk kita semua..kalo nk wat ape2 lg bgtau la nanti..n make sure makanan
lepas ni mesti lagi bestttt..
Third batch SMKAP cawangan gombak..huhuh..




Tuesday, September 16, 2008

16

hari ni dah 16..jadi ke x eh..hahaha.. Alhamdulillah.. wlaupn mmg xjd ari ni..tp dengo anwar ckp td.. leh trime..semuanye in progress..n for the smooth transition..cayalah..ahli dah cukup skang ni..

live.. http://anwaribrahimblog.com at 2pm..

Thursday, August 28, 2008

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan..hiasilah bulan ini dengan amal ibadah..
Bulan kemuliaan, bulan keinsafan, bulan kerahmatan, bulan RAMADHAN..
Sedikit renungan:

“Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam” (2:187).

Diriwayatkan dari Nabi Saw. bahwa beliau bersabda:
"Umatku dikarunia lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang pun yang sebelum mereka;


Pertama, apabila malam pertama dari bulan Ramadhan tiba, maka Allah memandang mereka dengan belas kasih, dan barangsiapa yang dipandang Allah dengan belas kasih, maka Dia tidak akan mengazabnya sesudah itu buat selama-lamanya.
Kedua, Allah Ta'ala menyuruh para Malaikat memohonkan ampun untuk mereka.
Ketiga, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kesturi.
Keempat, Allah Ta'ala berkata kepada surga,'Berbahagialah hamba-hamba-Ku yang beriman, mereka adalah kekasih-kekasih-Ku.
Dan kelima, Allah Ta'ala mengampuni mereka semua".

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

1. Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
2. Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
3. Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
4. Kurangkan kadar makanan dari biasa
5. JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
6. Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

1. Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
2. Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
3. Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
4. Mengulangi makan sepanjang malam.
5. Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
6. Tidur selepas kenyang makan

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Setelah merdeka, Malaysia telah mengorak langkah menuju ke dimensi baru dalam pembangunan, dan pentadbiran, melangkah gagah mnggapai impian kea rah sebuah negara maju. Namun selepas 50 tahun merdeka, rakyat semakin matang.. Rakyat Malaysia seakan2 mahukan satu perubahan dalam sistem demokrasi.. kebangkitan rakyat jelas terpapar dalam pilihan raya yang lalu..namun adakah ini satu petanda positif atau hanya utk kepentingan sesetengah pihak..masing2 mempunyai pandangan yang berbeza..

Sejarah menyaksikn jiran terdekat , Indonesia mempertaruhkan dan mengadaikan nyawa untuk memperolehi kemerdekaan drp cengkaman belanda. Namun Malaysia hanya berbekalkan sebatang pen untuk mengecapi nikmat yang sama..adakah Malaysia lemah atau Malaysia bijak dalam soal ini..

Namun apa yang penting kini, setelah 51 tahun merdeka, erti kemerdekaan seharusnya dihayati dengan penuh kesyukuran.. kemerdekaan seharusnya diteliti dari sudut yang lebih besar..hari kemerdekaan bukan pentas hiburan yang melalaikan..hakikatnya minda kita masih dijajah dengan budaya2 asing yang merosakan manusia di bumi bertuah ini..sebaliknya hari kemerdekaan adalah hari untuk memperingati dan menghargai tokoh2 terdahulu.. menggamit kembali nostalgia lama disamping memperkasakan diri mempertabatkan kadaulatan bangsa dan agama..

sesetengah berpendapat pesta kemerdekaan seolah2 memperlihatkan kekuasaan penjajah.. mereka melihat bahawa mereka adalah sebuah kuasa yang kuat pada suatu ketika dahulu.. lihatlah sepanyol..walaupun mereka terlepas dr penguasaan Islam selama 2500 tahun..tapi mereka tidak meraikannya dan mahu melupakannya..mereka tidak mahu umat Islam tahu dan gah dengan kehebatan Tamadun Islam suatu ketika dahulu..

Permatang Pauh

1 567 1..satu jumlah yang memeranjatkan..kalo sebelum ni 13 ribu lbih..peningkatan jumlah ini agak mengejutkan..dengan macam2 isu yang dijaja semasa kempen pilihan raya..memang tak bajek pn pkr leh menang besar camni..tp itulah hakikat yang perlu diterima oleh rakyat Malaysia khususnya BN..rata2 rakyat Malaysia mungkin ragu dengan keputusan ini memandangkan banyak isu yang dimainkan oleh media sebelum pilihan raya..tapi penduduk permatang pauh lebih mengetahui selok belok atmosfera politik di tempat mereka..betulla..pengundi sekarang dah matang..Namun keputusan ini ada logiknya memandangkan arif syah terpaksa berdepan dgn pkr de factor leader..dua karekter yang berbeza..

Apakah yang akan berlaku selepas ini.. jika PR merencana projek 3P( permatang pauh, parlimen, putrajaya)..apakah projek ini akan berjaya selepas 1P ditawan pd 26 hb lepas..sama2 la kita lihat..apakah 16 hb ini bakal menyaksikan buat pertama tama kalinya satu sejarah besar bakal berlaku di Malaysia..mungkinkah MP dr umno akan melompat parti..atau ini semua adalah omongan semata2..setiap orang menunggu tarikh ini termasuk dunia luar..

Kembalinya DSAI ke parlimen hari ini, diharap dapat mewujudkan satu scenario baru buat warga Malaysia..kearah sebuah Negara yang bebas dari sindiket2 politik sepertimana yang beliau sering ungkapkan sebelum2 ni..memang payah untuk direalisasikan..namun segala yang diwarwarkan sebelum ini hendaklah ditunaikan..kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh rakyat hendaklah dipikul dengan sebaik2 nya..

Jgn jual agama..kerana agama akan kekal tp manusia xde yang kekal..lecturer aku ade ckp gitu aritu..beliau pernah terlibat dlm majlis mufti Malaysia n mufti Australia..sape2 pn leh bersumpah..tp dia ckp kalo melibatkan keadilan..ia hendaklah diputuskan oleh mahkamah..kalo mahkamah suruh baru wat.. mengenai istilah mubahalah..istilah ini digunakan ketika zaman Rasulullah..tapi ia melibat antara org islam ngan orang kafir jika sesuatu perkara tak leh nk wat keputusan.. bukannya antara orang islam ngan orang islam..

Monday, August 25, 2008

blue is the colour, football is the game...

hahaha..chelsea2..nampaknya epl pasti skali lg pasti menjadi milik chelsea season ni..
dengan barisan pemain yang mantap..pasti leh dpt trebble season ni..xpn sekurang2 nya semegah zaman jose mourinho dlu..
pemulaan season yang cun selepas membelasah portsmouth 4-0..semalam 1-0 kosong ngan wigan..not bad la.. deco tlah membuktikan bahawa beliau adalah permata baru buat chelsea..
sememang nya deco adalah feveret player aku..
team2 len nampaknye terdesak..selepas man u dapat seri je kat old trafrd mingu lepas..mlm ni pn ntah2 kalah..harapkan ronaldo je dlu leh aa..arsenal pn kalah gak smlam.. livepool je sebarus ngan chelsea skrg ni..hahaha.. ok..besiap sedia la..
glory2 man u....ops..silap la... CHELSEA CHELSEA!!!hahaha..
ps; rindu zaman mourinho dlu..mourinho kluar epl jd tak menarik ngat dah..

Monday, August 18, 2008

Panjang Berjele2

Aduii.. nmmg tergelak bila aku bace mende2 ni..hangat..haha.. ingatkan xde la panjang ngat..upenye panjang berjele2 plak.. amik nak ko 10%..ape la..skang pn dah buka 5% kt foreigner(ong tee keat)..maknenye tak smpai 10% la kalo nk bg kaum len pn..tp isunye tetap 10% wlaupn dah wat 5% skang ni..biar la..

Tp jangan la cpt mlatah..hilang profesionalimn sbg pemimpin..pkir dlu baik burunye..pkir secara rasional..xtau la uitm nk nk wat pe kt students yg berdemonstrasi aritu..dlu ade yg kene amik tindakan sbb berdemonstrasi..bistu pasni rmai la yg kene kan..huhu..tp org atas ckp bkn dia yg suh wat..tp student yg nk wat..secara aman ..time tgh2 kelas..yg dlu2 xaman kot..lgpn yg dlu2 tu kan ade kaitan politik kit..mane bleh..pelik gak..org atas ahli seumur hidup..tp xbg studnt politik.. tp aku harap la student skang ni leh pkir spaya tak jd mangsa politik..n jgn student plak dipolitikkan.. jgn la cpt mlatah..dlu pn dah ade isu ni..cma dr org len je..tp xla kecoh cam skng ni.. pk la secara rasional..

Rase cam malu la plak bile kecoh2..cam melayu ni lemah n penakut ngt je..malu la gini..aku melayu gak..jgn la malukn bangsa sendiri..mm..camane nk saman pn aku xtau..cmne eh nk saman org yg bg cadangan bla wartawan mintak bg ulasan ..gne akta hasutan la kot..huhu..xtau la..xblajo law..ala..kerajaan negri bkn ade kuase pn nk wat 10% ni..kuasa kt kerajaan pusat..dah la..jgn nk mlatah lg..jgn kecoh2 ngt..nnti dri sendiri plak yg kene..blajo lek lok.. sib baik la dak mrsm x berdemonstrasi dlukan..budak2 lg..huhu..kualiti ke kuantiti yg lg penting eh..InsyaAllah kualiti leh menaikkan dan membangunkan masyarakat melayu di Malaysia..
P/s-respect kat student indon, kerajaaan pn takut..

Sekolah Ku


mm..jika disingkap kembali crite zaman persekolahan dulu.. mmg terlalu banyak peristiwa yang sememangnya tidak dapat digambarkan dek kata2..bermula dr SMABI hingga ke SMKAP..semuanya bagaikan memori yang begitu indah dan tiada tandingannya..kenangan sekolah rendah SKBR byk mengajarku menghargai erti hidup ini.. tidak semua yang baik itu indah, dan tidak semua yang buruk itu perit.. SKBR mempertemukan aku dengan seorang guru yang cukup aku hormati dan aku sanjungi.. Cikgu Nurzalihara (6 Bijak).. Cikgu yang bertanggungjawab membawaku ketahap ini.. wlaupun perjalan hidupku masih terlalu awal n masih banyak yang perlu aku lalui.. namun aku bersyukur dengan apa yang aku kecapi sekarang ni.. Jasamu amat besar bg diriku.. Namun hingga kini, aku masih tercari2 bayanganmu.. Aku berdoa agar akhirnya kita dapat bertemu kembali satu hari nanti..

huh..cam wat novel plak..haha.. xde aa.. zaman sekolah memang tiada tandingannya.. zaman yang paling best.. tanye la sape2 pn.. sekolah rendah memang cool.. sekolah menengah plak dah jadi jahat kit..makin besar makin berani la kan.. SMKAP memang menyeronokkan.. dengan kerenah cikgu n staf2..dak2 dr sluruh phg..memang banyak yang aku dapt..dah sekolah menengah baru aku tau yang kat Pahang ni byk gile loghat..haha..tu la..duk muadzam je..xtau n xamik tau dunia luar..muadzam bandar baru..mmg xde loghat..blk kg pn dekat je..tau loghat pekan je la..

SMKAP…form 1 smpai form 3 klas IS..masuk form 4 amik nak trus trun kelas AT..haha.. kelas yang menjadi bahan rujukan cikgu2 bila ade masalah disiplin kat sekolah.. kelas 1st yang kene aim.. kelas AT memang best..rilek je..tp rilek2 pn..ramai yang dah berjaya dengan hidup masing2..Cuma stakat ni rasenye xde lg kot yang dah kawin..hehe..form 4 memang enjoy.. dtg prep..siap ade pengawas yg tak tahan nk jage kelas kitorg.. eh awal2 form 5 kot..naik form 5 insaf kit (form 4 tu study gak la), baru terkial2 nak study..tp time dekat2 nk spm,mmg study serius2 punye..haha..n time SPM, mlm study, siang tido..aku rase kelas len skema kit la (skit je) kalo nk dibandingkan ngan AT..ktaorg masuk kelas pn ikut tingkap..tapi adat la..sekali sekale kantoi gak aa ngn cikgu....mm..banyak lgi la..memang byk gile..ape yg aku ckp ni 2-3% je kot dr ape yang jadi selame 5thn kt SMKAP dlu..ni pn secare general je..kalo nak cite kerenah setiap orang memang tak mampu..12 jilid pn blum tentu abis..AT memang best..walaupn aku golongan yg baik dlm kelas ni..huhu..tp banyak kenangan yang best2 yang aku dapat..n smkap bg aku kesempatan tuk mengenali seseorang..thanks..wlaupn aku dikelompok golongan yg agak baik,tp beberape kali gak la aku fly blk umah..siang2 ari pn ade..tp xpnh kantoi..nasib baik..huhu..k la..len kali kalo rajin..aku tulis lg..best pe cite2 zaman skolh2 dlu..n wlaupun hari guru dah lepas.. JUTAAN TERIMA KASIH buat semua cikgu yang tidak jemu2 mendidik kami..segala pengorbanan anda tidak mungkin dapat kami balas.. bg aku.. pofesion guru mmg sangat2 mulia n tiada tolok bandingnya.. THANKS!

Thursday, August 14, 2008

10%

mm.. Uitm.. mm..byk tul tingalkan kesan dalam hidup aku.. malas nk komen lebih.. tp yang aku nampak skrg..melayu dah makin unite.. tak tau la ni nak kait ngn pilihan raye ke ape..tp bagus la kalo melayu peka ngan keadaan skrg ni..

kesian gak kt menteri besar selangor tu..dia cuma diminta bg ulasan pasal kemasukkan foreigner kt uitm je..tp kenyataannya dimanipulasikan..10% jadi kecoh jap sekarang ni.. aku rase dia pn tau pasal hak2 melayu.. dia pn melayu gak..secara logiknye takkan tak sayang bangsa sendiri ui..dia pn tau utk kebaikkan melayu..tp tak tau la kan..tgk dalam brite tv3 aritu..lupe dah name org tu..tp dia ckp kaum lain pn kurang berminat nk masuk uitm..

Tun mahathir bg kenyataan..uitm masih "belum sedia" nk trima kaum lain..akan dtg leh kot..belum masanya nya lg..tak macam mrsm..takut orang melayu ditindas di U sendiri..mm..kalo cam tu lemah la student melayu skrg ni eh..so, bangkit la melayu semua.. wake up2! jagan jadi melayu yg me layu tp jadilah melayu yang membangun..

tp kalo 10% tu foreigner je yg masuk uitm camne..kaum len xleh..rasenye mesti xkecoh ngat kn..
bagus gak ade foreigner..U len seme nak tarik foreigner skrg ni..cam kt UPM pn dah ramai pe foreigner..mm..bkn ke kt uitm dah ade foreigner skrg..ntoh..aku pn tak tau ngat..biar la..

pepepun aku Bangge sebagai anak melayu sebab Melayu alert ngan keadaan semasa skrg ni..
melayu pantang dicabar..sebagai melayu, kite kene pertahankan hak keistimewaan kita..
"takkan Melayu hilang di dunia"

Petame tame nye

Salam.. Mm.. akhirnye ni la blog aku..dlu ade ade gak aku wat kit2..tp men2 je.. kali ni aku wat smula.. ape yang aku nk tulis pn aku tak tau…haha.. skrg ni..ramai gle blogger baru..dengan blog seme orang bebas nak ckp o kutuk ape2..bagus gile n seronok gile bile bace blog2 org..memang byk idea n pandangan leh dpt..memangdangkan aku xde internet kat bilik..mmg jarang la aku bukak bace blog2 ni..aku respect gile kt blogger yang berani2..berani kerane benar..dengan internet mmg payah org nk sekat..seme bebas..bgus la..Cuma terpulang pada kita la nk nilai satu2 perkara tu..bg aku kebebasan media sebenarnye lebih mematangkan rakyat malaysia..tp dia tetap ade baik n buruknye..

Aku memang jenis xpandai nak ckp..n kalo ckp selalunye lari dr yg dirancang n byk point yg tertingal..sbb tu aku suke tulis..bile de masalah aku tulis n ngarut2..pastu bace byk kali..lege kit..haha..menulislah tmpt aku luahkan perasaan la kot.. Cuma kat blog ni aku tak tau la nk tulis ape.. tgk la ape yg patut kan..ehe.. ok.. moh la sape2 kta wat blog..xkan sampai tue awok nok men friendster je..haha.. at last.. WELCOME TO KUKONYU..

 
template by suckmylolly.com